Sunday, May 31, 2009

Hari Guru & Hari Keluarga SK Sri Bidor


HARI KELUARGA & HARI GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI BIDOR

Pada 16hb Mei 2009 semua guru2 SK Sri Bidor bersama2 keluarga masing2 telah bersukaria di kawasan Hutan Lipur Kuala Woh jalan ke Cameron Highland. Ini adalah salah satu aktiviti warga sekolah untuk mengeratkan lagi sailatulrahim sesama mereka..... jom kita tengok mereka.....


Bakar Ikan Dan Daging sedap tu......... Hai cikgu Zamiran tu dah meleleh ayo lior kot ..sambil cekak pinggang......Hai tokey restoren Ila pun ada....dah tentu sedap makanan hari ni...hahahah



Main apa tu cikgu.....



Sedapnya cikgu Radhi makan dengan anak2 nya......mana cikgu Rosnahnya.......
Hai tak ajak pun........hahahaha kata Cikgu dah ajak saya tapi saya buat tak dengo aje...hahahahah betui ke tu.......tak dengo sebenarnya...


Apa dibuat cikgu Rosmawati dgn anak2 tu....... cekak pinggang kot marah si Feqah nak mandi....

makan jangan tak makan.....

tengah buat apa tu

Jom mandi......


Read more...

Sunday, May 24, 2009

Lubuk Degong Bidor


LUBUK DEGONG BIDOR


Kawasan air terjun ini tidaklah bagitu terkenal di Negeri Perak. Ia hanya dikenali oleh orang sekitar Bidor sahaja. Walaubagaimana pun setiap hari ada pengunjungnya dan akan bertambah bila cuti hujung minggu. Kawasan ini tidak dapat dimajukan sepenuhnya kerana terdapat persatuan orang asli Kg Chang mendakwa kawasan tersebut adalah tanah tok nenek mereka.

Ia terletak lebih kurang 5km dari Pekan Bidor. Tiada pengangkutan awam yg disediakan ke kawasan ini kerana tidak banyak penduduk disekitar jalan masuk kekawasan perkelahan ini. Tetapi lebih kurang 1 km dari kawsan ini terdapat sebuah perkampongan orang asli Kg.Chang .


Cerita yang paling ramai diceritakan sejak dulu lagi ialah terdapat sebuah terowong dibawah air terjun ini yg menghubungkan antara Bidor dan Tapah. Sehingga sekarang tiada manusia yg berani masuk dalam terowong tersebut untuk membuktikanya. Cuma ibu bapa akan melarang anak-anak mereka supaya berhati-hati ketika mandi dikawasan tersebut supaya tidak termasuk dalam terowong tersebut.

Ramai muda mudi suka mandi dikawasan ini kerana kawasan ini ada tempat yg airnya dalam, jadi mereka boleh terjun dan membuat apa saja bentuk terjun akrobatik .



Jom le ke Lubuk Degong merasai kesejukan mandi disana....................... Read more...

Tuesday, April 28, 2009

BIDOR HALF MARATHON 2009



BIDOR 19 april 2009 - seramai lebih 1,000 peserta dari seluruh Malaysia dan luar negara telah berkumpul di Bidor untuk menyertai BIDOR HALF MARATHON 2009. tepat jam 7.00 pagi 3 kategori larian telah di lepaskan oleh OCPD Tapah.




Piala-piala sebgai penghargaan diatas kemenangan para peserta.



















Read more...

Sunday, April 12, 2009

Pelik Setiap Hari Rabu Hujan Di Bidor


SETIAP HARI RABU MISTI HUJAN DIBIDOR


Rasanya sejak 10thn yg lalu saya tinggal di Bidor hampir 90% kali hujan akan turun di Bandar Bidor. Hujan ini jika dibualkan dikalangan penduduk Bidor selalunya dikaitkan dengan pasar malam. Pasar Malam di Bidor adalah setiap hari rabu. Yang hairanya tak banyak sikit pun misti hujan di Bidor ni...tak caya tanyalah penduduk Bidor.

Ini gambar2 sekitar pasar Malam hari Rabu di Bidor. Pasar Malam ini terletak di hadapan gerai makanan di hadapan Balai Bomba Bidor. Ia dibuat di jalan masuk ke Kampong Cegar Baru iaitu jalan masuk juga ke Kawasan Perindustrian Bidor.

Read more...

Thursday, February 26, 2009

Bangunan Baru Untuk SMKSAG Bidor



BIDOR 27hb Feb 08 - Sekolah Menengah Kebangsaan Sheikh Abdul Ghani Bidor dijangka dapat menduduki dua blok bangunan 4 tingkat akhir bulan April ini. Bangunan baru ini amat bermakna kepada semua penduduk Bidor kerana sekolah ini boleh memulakan sekolah satu sesi .



Sekolah dua sesi yg ada sekarang ini amat menyusahkan kepada penduduk orang asli disekitar bidor kerana terpaksa balik sehingga malam. Sesi petang tamat jam 6.45 ptg ini akan membuatkan mereka yg menaiki bas lambat sampai ke rumah.

Bangunan 2 blok yg berharga lebih 4 juta ini memberi kemudahan kepada penduduk Bidor. Disamping itu juga sebuah makmal komputer 2 tingkat telah siap dibina cuma peralatan komputer sahaja yang belum sampai.
Read more...

Tuesday, February 24, 2009

MASJID BIDOR UBAH LOKASI SEMBAHYANG JUMAAT


BIDOR 22hb Feb 2009 - Mulai awal bulan Mac 2009 masjid Al Muhtadin Bidor akan membuat pengubahsuaian bangunan. Oleh itu mulai tarikh itu semua aktiviti di Masjid akan berhenti sehinggalah kerja-kerja pengubahsuai siap. Sembahyang jumaat akan dijalankan di tiga buah surau yang berdekatan iaitu Surau Kampong Cegar untuk jemaah disekitar Kg Cegar dan Taman Perumahan yg berdekatan. Surau Kg Petaling untuk jemaah Kg Petaling dan Surau Kg Dato'Kamaruddin untuk jemaah Kg.SpgTiga, Kg.Padang, KgDato'Kamaruddin dan keselatan.


Pandangan Sisi Kanan Masjid


Pandangan Sisi Kiri Masjid

Pandangan Sebelah Belakang


Pandangan Tempat Mengambil Air Sembahyang


Pandangan Sisi sebelah Kanan


Foto-foto diatas adalah foto-foto sebelum diubahsuai , selepas ini foto-foto ini akan menjadi sejarah kerana rupa bentuk surau telah berubah.


Surau Kg Dato'Kamaruddin Bidor


Salah satu surau yg akan mengadakan sembahyang Jumaat ialah Surau Kg.Dato'Kamaruddin yang terletak di Kg Dato'Kamaruddin yg dijangka boleh memuatkan lebih kurang 300 orang jemaah.


Read more...

Thursday, February 19, 2009

SUKAN TAHUNAN SK SRI BIDOR 2009

SUKAN TAHUNAN SK SRI BIDOR 2009


Bidor 19Feb09



BIDOR-19Feb09 Sekolah Kebangsaan Seri Bidor telah mengadakan sukan tahunan nya untuk tahun 2009 ini. Sukan telah berjalan dengan meriah sekali di padang Kg Petalin tetapi telah diakhiri dengan hujan lebat . Pertandingan tarik tali telah dimenangi oleh pasukan rumah hijau mengalahkan rumah biru didalam pertandingan yg sama kuat tetapi rumah hijau akhirnya menang dengan kelebihan tenaga dan sokongan kuat dari penyokongnya.



Koboi di tengah Padang

Wah bergaya sungguh petugas-petugas di pesta sukan tersebut bila kelihatan semuanya memakai topi koboi..... tengok tu cikgu Hamid, Cikgu Zamiran, Cikgu Radhi dan lain2 cikgu dgn topi koboinya....





Ini sebahagian Ibu bapa yang hadir pada Pesta Sukan tersebut yg mana telah memberi sokongan kepada anak-anak mereka.




Sedang bertungkus lumus menerima baton......
Wah seronoknya terima hadiah.


jom kita tengok lagi....

ini le juaranya yg melepasi garisan akhir.

sambut jangan tak sambut....




Read more...

LATEST