Tuesday, February 24, 2009

MASJID BIDOR UBAH LOKASI SEMBAHYANG JUMAAT


BIDOR 22hb Feb 2009 - Mulai awal bulan Mac 2009 masjid Al Muhtadin Bidor akan membuat pengubahsuaian bangunan. Oleh itu mulai tarikh itu semua aktiviti di Masjid akan berhenti sehinggalah kerja-kerja pengubahsuai siap. Sembahyang jumaat akan dijalankan di tiga buah surau yang berdekatan iaitu Surau Kampong Cegar untuk jemaah disekitar Kg Cegar dan Taman Perumahan yg berdekatan. Surau Kg Petaling untuk jemaah Kg Petaling dan Surau Kg Dato'Kamaruddin untuk jemaah Kg.SpgTiga, Kg.Padang, KgDato'Kamaruddin dan keselatan.


Pandangan Sisi Kanan Masjid


Pandangan Sisi Kiri Masjid

Pandangan Sebelah Belakang


Pandangan Tempat Mengambil Air Sembahyang


Pandangan Sisi sebelah Kanan


Foto-foto diatas adalah foto-foto sebelum diubahsuai , selepas ini foto-foto ini akan menjadi sejarah kerana rupa bentuk surau telah berubah.


Surau Kg Dato'Kamaruddin Bidor


Salah satu surau yg akan mengadakan sembahyang Jumaat ialah Surau Kg.Dato'Kamaruddin yang terletak di Kg Dato'Kamaruddin yg dijangka boleh memuatkan lebih kurang 300 orang jemaah.


0 comments:

LATEST