Thursday, February 26, 2009

Bangunan Baru Untuk SMKSAG Bidor



BIDOR 27hb Feb 08 - Sekolah Menengah Kebangsaan Sheikh Abdul Ghani Bidor dijangka dapat menduduki dua blok bangunan 4 tingkat akhir bulan April ini. Bangunan baru ini amat bermakna kepada semua penduduk Bidor kerana sekolah ini boleh memulakan sekolah satu sesi .



Sekolah dua sesi yg ada sekarang ini amat menyusahkan kepada penduduk orang asli disekitar bidor kerana terpaksa balik sehingga malam. Sesi petang tamat jam 6.45 ptg ini akan membuatkan mereka yg menaiki bas lambat sampai ke rumah.

Bangunan 2 blok yg berharga lebih 4 juta ini memberi kemudahan kepada penduduk Bidor. Disamping itu juga sebuah makmal komputer 2 tingkat telah siap dibina cuma peralatan komputer sahaja yang belum sampai.
Read more...

Tuesday, February 24, 2009

MASJID BIDOR UBAH LOKASI SEMBAHYANG JUMAAT


BIDOR 22hb Feb 2009 - Mulai awal bulan Mac 2009 masjid Al Muhtadin Bidor akan membuat pengubahsuaian bangunan. Oleh itu mulai tarikh itu semua aktiviti di Masjid akan berhenti sehinggalah kerja-kerja pengubahsuai siap. Sembahyang jumaat akan dijalankan di tiga buah surau yang berdekatan iaitu Surau Kampong Cegar untuk jemaah disekitar Kg Cegar dan Taman Perumahan yg berdekatan. Surau Kg Petaling untuk jemaah Kg Petaling dan Surau Kg Dato'Kamaruddin untuk jemaah Kg.SpgTiga, Kg.Padang, KgDato'Kamaruddin dan keselatan.


Pandangan Sisi Kanan Masjid


Pandangan Sisi Kiri Masjid

Pandangan Sebelah Belakang


Pandangan Tempat Mengambil Air Sembahyang


Pandangan Sisi sebelah Kanan


Foto-foto diatas adalah foto-foto sebelum diubahsuai , selepas ini foto-foto ini akan menjadi sejarah kerana rupa bentuk surau telah berubah.


Surau Kg Dato'Kamaruddin Bidor


Salah satu surau yg akan mengadakan sembahyang Jumaat ialah Surau Kg.Dato'Kamaruddin yang terletak di Kg Dato'Kamaruddin yg dijangka boleh memuatkan lebih kurang 300 orang jemaah.


Read more...

Thursday, February 19, 2009

SUKAN TAHUNAN SK SRI BIDOR 2009

SUKAN TAHUNAN SK SRI BIDOR 2009


Bidor 19Feb09



BIDOR-19Feb09 Sekolah Kebangsaan Seri Bidor telah mengadakan sukan tahunan nya untuk tahun 2009 ini. Sukan telah berjalan dengan meriah sekali di padang Kg Petalin tetapi telah diakhiri dengan hujan lebat . Pertandingan tarik tali telah dimenangi oleh pasukan rumah hijau mengalahkan rumah biru didalam pertandingan yg sama kuat tetapi rumah hijau akhirnya menang dengan kelebihan tenaga dan sokongan kuat dari penyokongnya.



Koboi di tengah Padang

Wah bergaya sungguh petugas-petugas di pesta sukan tersebut bila kelihatan semuanya memakai topi koboi..... tengok tu cikgu Hamid, Cikgu Zamiran, Cikgu Radhi dan lain2 cikgu dgn topi koboinya....





Ini sebahagian Ibu bapa yang hadir pada Pesta Sukan tersebut yg mana telah memberi sokongan kepada anak-anak mereka.




Sedang bertungkus lumus menerima baton......
Wah seronoknya terima hadiah.


jom kita tengok lagi....

ini le juaranya yg melepasi garisan akhir.

sambut jangan tak sambut....




Read more...

LATEST