Sunday, May 24, 2009

Lubuk Degong Bidor


LUBUK DEGONG BIDOR


Kawasan air terjun ini tidaklah bagitu terkenal di Negeri Perak. Ia hanya dikenali oleh orang sekitar Bidor sahaja. Walaubagaimana pun setiap hari ada pengunjungnya dan akan bertambah bila cuti hujung minggu. Kawasan ini tidak dapat dimajukan sepenuhnya kerana terdapat persatuan orang asli Kg Chang mendakwa kawasan tersebut adalah tanah tok nenek mereka.

Ia terletak lebih kurang 5km dari Pekan Bidor. Tiada pengangkutan awam yg disediakan ke kawasan ini kerana tidak banyak penduduk disekitar jalan masuk kekawasan perkelahan ini. Tetapi lebih kurang 1 km dari kawsan ini terdapat sebuah perkampongan orang asli Kg.Chang .


Cerita yang paling ramai diceritakan sejak dulu lagi ialah terdapat sebuah terowong dibawah air terjun ini yg menghubungkan antara Bidor dan Tapah. Sehingga sekarang tiada manusia yg berani masuk dalam terowong tersebut untuk membuktikanya. Cuma ibu bapa akan melarang anak-anak mereka supaya berhati-hati ketika mandi dikawasan tersebut supaya tidak termasuk dalam terowong tersebut.

Ramai muda mudi suka mandi dikawasan ini kerana kawasan ini ada tempat yg airnya dalam, jadi mereka boleh terjun dan membuat apa saja bentuk terjun akrobatik .



Jom le ke Lubuk Degong merasai kesejukan mandi disana.......................

1 comments:

Zaza said...

salam,
kitorang nak masuk Bidor run tu..pastu nak lepak sini. camne nak gi sini eh?

LATEST