Friday, June 26, 2009

JALAN SUSUR KE TELUK INTAN


Gambar dari jalan berhadapan Surau Kg Simpang Tiga

Simpang Tiga 27hbJun09 - Kerja-kerja membesarkan jalan susur ke Teluk Intan dari bandar Bidor sedang dijalankan. Perlebaran sebelah kiri ini amat berguna kerana boleh mengurangkan kesesakan semasa menunggu lampu isyarat simpang tiga ini. Kereta yg hendak ke Teluk Intan boleh terus menyusur ikut sebelah kiri jalan ini.

Keadaan menjadi sesak sementara simpang tersebut siap dibina. Walau bagaimanapun penduduk Bidor gembira dan mengucapkan terima kasih kepada pehak Kerajaan yang prihatin terhadap masaalah orang ramai.

Jalan ini terasa sempit apabila terdapat dua tiga buah lori yg sama-sama menunggu di lampu isyarat tersebut.

Jalan susur tersebut dibuat dekat dengan surau Kg Simpang Tiga kerana kekurangan tanah. Ini amat membimbangkan jemaah surau kerana takut mana2 kenderaan yg tidak dapat dikawal akan terus menjunam kedalam surau. Walau bagaimana pun kemungkinan besar satu pagar besi akan dibina ditepi jalan tersebut.

0 comments:

LATEST