Sunday, May 31, 2009

Hari Guru & Hari Keluarga SK Sri Bidor


HARI KELUARGA & HARI GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI BIDOR

Pada 16hb Mei 2009 semua guru2 SK Sri Bidor bersama2 keluarga masing2 telah bersukaria di kawasan Hutan Lipur Kuala Woh jalan ke Cameron Highland. Ini adalah salah satu aktiviti warga sekolah untuk mengeratkan lagi sailatulrahim sesama mereka..... jom kita tengok mereka.....


Bakar Ikan Dan Daging sedap tu......... Hai cikgu Zamiran tu dah meleleh ayo lior kot ..sambil cekak pinggang......Hai tokey restoren Ila pun ada....dah tentu sedap makanan hari ni...hahahah



Main apa tu cikgu.....



Sedapnya cikgu Radhi makan dengan anak2 nya......mana cikgu Rosnahnya.......
Hai tak ajak pun........hahahaha kata Cikgu dah ajak saya tapi saya buat tak dengo aje...hahahahah betui ke tu.......tak dengo sebenarnya...


Apa dibuat cikgu Rosmawati dgn anak2 tu....... cekak pinggang kot marah si Feqah nak mandi....

makan jangan tak makan.....

tengah buat apa tu

Jom mandi......


Read more...

Sunday, May 24, 2009

Lubuk Degong Bidor


LUBUK DEGONG BIDOR


Kawasan air terjun ini tidaklah bagitu terkenal di Negeri Perak. Ia hanya dikenali oleh orang sekitar Bidor sahaja. Walaubagaimana pun setiap hari ada pengunjungnya dan akan bertambah bila cuti hujung minggu. Kawasan ini tidak dapat dimajukan sepenuhnya kerana terdapat persatuan orang asli Kg Chang mendakwa kawasan tersebut adalah tanah tok nenek mereka.

Ia terletak lebih kurang 5km dari Pekan Bidor. Tiada pengangkutan awam yg disediakan ke kawasan ini kerana tidak banyak penduduk disekitar jalan masuk kekawasan perkelahan ini. Tetapi lebih kurang 1 km dari kawsan ini terdapat sebuah perkampongan orang asli Kg.Chang .


Cerita yang paling ramai diceritakan sejak dulu lagi ialah terdapat sebuah terowong dibawah air terjun ini yg menghubungkan antara Bidor dan Tapah. Sehingga sekarang tiada manusia yg berani masuk dalam terowong tersebut untuk membuktikanya. Cuma ibu bapa akan melarang anak-anak mereka supaya berhati-hati ketika mandi dikawasan tersebut supaya tidak termasuk dalam terowong tersebut.

Ramai muda mudi suka mandi dikawasan ini kerana kawasan ini ada tempat yg airnya dalam, jadi mereka boleh terjun dan membuat apa saja bentuk terjun akrobatik .



Jom le ke Lubuk Degong merasai kesejukan mandi disana....................... Read more...

LATEST