Friday, June 26, 2009

JALAN SUSUR KE TELUK INTAN


Gambar dari jalan berhadapan Surau Kg Simpang Tiga

Simpang Tiga 27hbJun09 - Kerja-kerja membesarkan jalan susur ke Teluk Intan dari bandar Bidor sedang dijalankan. Perlebaran sebelah kiri ini amat berguna kerana boleh mengurangkan kesesakan semasa menunggu lampu isyarat simpang tiga ini. Kereta yg hendak ke Teluk Intan boleh terus menyusur ikut sebelah kiri jalan ini.

Keadaan menjadi sesak sementara simpang tersebut siap dibina. Walau bagaimanapun penduduk Bidor gembira dan mengucapkan terima kasih kepada pehak Kerajaan yang prihatin terhadap masaalah orang ramai.

Jalan ini terasa sempit apabila terdapat dua tiga buah lori yg sama-sama menunggu di lampu isyarat tersebut.

Jalan susur tersebut dibuat dekat dengan surau Kg Simpang Tiga kerana kekurangan tanah. Ini amat membimbangkan jemaah surau kerana takut mana2 kenderaan yg tidak dapat dikawal akan terus menjunam kedalam surau. Walau bagaimana pun kemungkinan besar satu pagar besi akan dibina ditepi jalan tersebut.
Read more...

Tuesday, June 23, 2009

MAY BANK BIDOR rehat sehari.....



Semalam 22hb Maybank Bidor terpaksa memberhentikan operasi kerana kabel utama yg membekalkan eletrik ke bank tersebut mengalami masaalah. Akibatnya banyak urusan org Bidor tergendala . Maybank merupakan bank paling penting di Bidor ini oleh itu ramai ahli perniagaan dan org persaorangan yg menghadapi kesulitan.

walau bagaimanapun lebih kurang jam 11pagi 23hb semalam bekalan dapat disambung secara sementara.
Kerja2 pembaikian kabel utama di depan 7eleven terpaksa dibuat malam semalam oleh pekerja TNB serta kontraktor TNB.


Read more...

Tuesday, June 16, 2009

PERSARAAN PENGETUA SMK SHEIKH ABDUL GHANI BIDOR


Ketibaan Puan Hajah Ramlah bt Abdullah bersama PPD Batang Padang diarak dengan kompang dan bunga manggar oleh pelajar-pelajar serta diikuti oleh jemputan-jemputan.


Puan Pengetua memeriksa perbarisan Pasukan Berpakaian seragam buat kali terakhirnya sebelum bersara .


Pegawai Pendidikan Daerah turut memberi sepatah dua kata dimajlis ini.


Penuh dewan nampaknya pagi ni.....


Ramai Pengetua2, Guru Besar2 dan Guru2 dari sekolah lain turut hadir untuk memberikan perhormatan terakhir untuk Puan Pengetua.




Ucapan Puan Pengetua yg ditunggu2 oleh warga sekolah.



Jasa mu di kenang................
Read more...

LATEST